Friday 13 June 2014

TIPS Make Up Tahan Lama





Make Up Tahan Lama
Bila bercakap mengenai makeup..ada yang suka dengan olesan makeup yang tebal..dan ada juga yg suka secara tipis dan yg penting muka nampak segar..Memandangkan Malaysiani cuacanya kadang-kadang panas terik..n kadang2 mendung..n kadang2 juga hujan lebat..pastinya solekan yang ditatarias oleh wanita perlu menepati dan bersesuaian dengan keadaaan cuaca harian
Sebagai wanita yang suka kepada solekan, pastinya cuaca banyak mempengaruhi impak tatarias anda.Ada wanita yang kulitnya begitu cepat berpeluh,ada juga wanita yang memiliki kulit kering, ada juga yang memiliki kulit kombinasi.
Yang pasti,adalah sangat penting untuk anda mengetahui jenis kulit anda sebelum anda memulakan solekan anda.Apapun jenis kulit anda.

 PELEMBAP MUKA
Jangan sesekali meninggalkan pelembap sebelum anda menata rias wajah anda.Pelembap bukan sahaja mampu mengekalkan makeup anda malah pelembap jg membantu untuk menjaga kesegaran dan kelmbapan kulit anda.Perlu diingatkan bahawa solekan mempunyai kandungan elemen yang berbeza-beza dari segi bahan yang digunakan oleh jenama masing-masing.
Yang pasti – pelembap mampu membantu  make up tahan lama dan tidak mudah luntur. FOUNDATION
Turut dikenali sebagai alas bedak .Pastikan anda memilih foundation yang tahan lama dan waterproof.Sebelum memakai foundation, pastikan muka anda dibersihkan TERLEBIH DAHULU! Ini adalah sangat penting bagi memastikan muka anda apabila dirias akan npk lebih segar dan yg pasti bedak yang bakal dioles tidak akan kelihatan bercapuk dan berblok2!

TIPS:
Gunakan alas bedak satu tone lebih cerah dari warna kulit
Gunakan bedak tabur 1 Tone  lebih gelap untuk membentuk kontur wajah.

MAKEUP MATA
Gunakan eye make up primer sebagai dasar agar tekstur kelopak mata lebih lembut dan mulus sebelum di rias dengan eye shadow. Gunakan warna pilihan anda dan pastikan pilihan warna anda sesuai mengikut lokasi dan tujuan anda.
Pilih eyeliner waterproof bagi memastikan solekan mata anda kekal menawan dan segar.
Begitu juga dengan maskara. Pilih maskara waterproof yang akan membuat bulu mata lentik dan tebal seharian tanpa harus touch up berkali kali.

Tips:
Gunakan eyeliner Pensil waterproof kerana ianya lebih cepat dan kemas.

MAKEUP PIPI
Pilih warna blusher yang bersesuaian dengan warna kulit anda.

TIPS:
Kuning langsat – pink lembut
Sawo matang – Pich pink
Hitam manis – purple pink lembut

PENGGUNAAN WARNA BRONZE
Pemakaian  warna bronze ini mampu memberi impak HEBAT dalam solekan anda.Bagi solekan pengantin ,saya amat menggalakkan penggunaan bronze color ini kerana impak natural dan GLOW akan kelihatan dibahagian yang ingin diberi tumpuan. Gunakan bronze ini dibahagian bawah tulang pipi sebelum menggunakan blusher di tulang pipi anda.

Tips: Gunakan berus pemerah pipi yang mempunyai shape serong bagi memastikan solekan pipi anda lebih kemas dan sharp.
MAKEUP BIBIR
Gunakan pelembap bibir terlebih dahulu bagi memastikan bibir anda kelihatan segar setelah memakai lipstick.Bagi mereka yang mempunyai masalah bibir mengelupas dan kering, sebelum emnata rias wajah anda, pastikan anda memakai pelembap bibir dahulu sebelum memulakan solekan wajah anda.

TIPS:
Elekkan menggunakan warna yang agak keras seperti warna merah kuat bagi mereka yang memiliki kulit hitam manis.Ini adalah kerana pemakaian warna ini akan membuatkan anda kelihatan sedikit tua/matang dari usia anda.

No comments:

Post a Comment