Sunday 28 August 2011

Detox





Untuk Mengeluarkan TOKSIN!!

Toksin ini sebenarnya ialah bahan beracun dalam badan, yang terkumpul daripada pelbagai sumber, contohnya makanan (seperti semburan racun pada sayur-sayuran, suntikan pada ayam, klorin dalam air paip), pencemaran udara (asap kenderaan, asap rokok) dan sebagainya. Cara semulajadi yang terbaik untuk mengeluarkan toksin ialah dengan mengeluarkan peluh, sama ada dengan cara bersenam atau bersauna.





Masalah kesihatan biasa yang dikaitkan dengan pengumpulan toksin dalam badan termasuklah :


Sering keletihan
Daya tumpuan dan daya ingatan yang lemah
Sembelit atau cirit-birit yang kerap
Masalah-masalah kulit : jerawat, akne, ekzema, psoriasis, kulit yang pudar dan tidak bermaya
Kuku dan rambut yang rapuh
Badan dan nafas berbau
Sering sakit kepala
Sakit leher, sendi dan otot
Peredaran darah yang lemah - tangan atau kaki sejuk
Kitaran haid tidak teratur/putus-putus
Masalah penghadaman, senak dan loya
Peningkatan tekanan darah
Kurang tenaga syahwat



Tapi bagaimana kalau takde masa/malas nak bersenam/bersauna/bertangas?

Ada satu penyelesaian alternatif bagi masalah di atas. Bukan saja fungsinya sama (mengeluarkan peluh = toksin), malah memberikan kesan ekstra. Caranya ialah dengan menggunakan

DETOX FOOT PATCH!!



Toksin dan bahan-bahan beracun yang lain akan keluar bersama peluh pada kaki, dan bertindak balas dengan bahan dalam detox foot patch memberikan warna hitam.






APA YANG BERLAKU?

Fungsi sebenar detox foot patch ini adalah untuk mengeluarkan peluh di tapak kaki, yang mana tapak kaki mempunyai banyak point-point yang berkaitan dengan organ badan. Bahan-bahan dalam detox foot patch berfungsi memanaskan kaki dan seterusnya menyerap peluh (bersama toksin) yang keluar. Kaedah seperti ini adalah lebih selamat berbanding mengambil ubat-ubatan kerana ia digunakan di bahagian luar badan sahaja.



KESAN EKSTRA - REFLEKSOLOGI!!

Tahu kan apa itu refleksologi? Kebanyakan titik akupuntur manusia terkumpul di tapak kaki (juga di tapak tangan). Cuka buluh yang terdapat dalam foot detox patch bertujuan untuk merangsang titik-titik akupuntur badan dalam proses menyahtoksin dan membuang lebihan lembapan badan seperti yang diamalkan dalam perubatan tradisi Asia seperti bekam dan urut tapak kaki. Tourmaline pula boleh merangsang titik-titik refleks. Oleh kerana foot detox patch diletakkan pada tapak kaki, anda boleh

target anggota badan mana yang anda ingin buang toksin!!



Letak pada bahagian ATAS tapak kaki jika anda ingin target bahagian bahu dan paru-paru; bahagian TENGAH tapak kaki untuk organ perut, pankreas, hati dan buah pinggang; dan bahagian BAWAH tapak kaki untuk organ usus (sistem perkumuhan).

1 comment: